korg suke xblog nie??

Ahad, 8 November 2009

LAMPU-LAMPU MASJID MENARI

DARI Dzun-Nun Al-Mishri,dia berkata: "Aku pernah melihat seorang lelaki sedang duduk di udara dengan bersila.Dia sedang membaca: "Allah." Aku bertanya: "Siapakah engkau ini?"

Lelaki itu berkata: "Aku adalah seorang hamba dari hamba-hamba Allah." Aku bertanya lagi: 'Dengan apakah engkau memperolehi kemuliaan seperti ini?" Dia berkata: "Aku meninggalkan kesenangan untuk kesenangan-Nya. Lalu Allah menduduki aku di udara."

Demikian pula diriwayatkan dari Samnun Al-Majnun,bahawa dia dikenali sebagai orang yang cinta kepada Allah. Sehingga ramai yang menyebutnya dengan Samnun Al-Majunu. Sedangkan di kalangan orang-orang khusus dia dinamakan Samnun Al-Munib (cinta Allah). Sedang dia sendiri menyebut dirinya Smnun Al-Kazzab (pembohong).

Suatu hari dia naik ke atas mimbar untuk memberi nasihat kepada orang ramai. Tetapi mereka tidak mahu mendengar kata-katanya. Semua orang pergi meninggalkannya dan dia hanya berbicara menghadaoi lampu-lampu masjid. Samnun berkata kepada lampu-lampu itu: 'Dengarkan hai lampu-lampu sebuah berita dari lidah Samnun."

Orang ramai melihat bahawa lampu-lampu itu menari-nari dan terputus lalu berjatuhan kerana pengaruh kata-kata Samnun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan