korg suke xblog nie??

Selasa, 16 Ogos 2011

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah:

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan   dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.    2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka  hati tapi,  cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada  cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..    3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah   sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?    Marilah kita pegang kepada tali Allah.   Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..   Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk  Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.     4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh    kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.    5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..    Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.    Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.    6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.    Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.    Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak   derhaka denganNYA........      

Selasa, 9 Ogos 2011

:: kHasIat PeLuK IsTeRi ::

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.   `Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.   `Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.   Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.   Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.   `Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.   Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.   `Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.   HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK   SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA




sweet sundaegurlz(^.^)

Khamis, 4 Ogos 2011

: bekam LINTAH :

salam n selamat pagi u'olls....
cmne ri nie pose???moga makin bertambah la keimanan n ketabahan hati u'olls yea..:)
haaa,terus pada tajuk utama k,
BEKAM LINTAH
ha,ada xdiantara u'olls nie or ur bf, or ur hsbnd, or ur fwenz yg pnah try wt benda nie???
bila aku gok LINTAH nie memang geli giler,
opcoz la geli dah benda 2 macam ular pun da gak aku gok..

so,malam tadi aku menemani my lovely(MR.HAIRUL) g DOWNTOWN D''MANSARA
untuk berjumpa kawan nak bincang pasal bissnes...
dah settel dok sok sek sok sek pasal bissnes 2 ktorg pun bajet mcm nk lik...
tapi round2 lu downtown 2 sblm bla...
heheehe...
dalam gah jalan2 2 aku ter'drop' la satu kedai nie yang agak menarik minat aku
kedai BEKAM LINTAH..
kt kedai nie die da wt inai ukir2 kt tangan gk n menjual barang2 kosmetik jenama MAC

tapi 2 bukan tujuan aku sebenarnya,pe yang menarik minat aku 2 adalah BEKAM LINTAH 2..
so,aku pun gan selamber meyuruh my LOve try wt benda 2,
coz die asik cbok je kata nk try wt benda 2 tapi xda masa...
so,kebetulan dah da depan mata aku pun pe lagi suh la die wat..

akk A.K.A tokey kedai nie memang sporting habis..
daripada die gah benggang gan pekerja die ley terus tergelak je,
lagi2 1 kepala gan suamy aku,lagi asik tergelak je...
asal nk letak lintah je mesti lintah 2 xmo lekat..

malas nak berleter panjang la,
aku nk tunjukkan proses2 LINTAH2 nie menjalankan keje2 die..
MENYEDUT DARAH2 KOTOR...





pehhhh,hasil die memang dasat sangat...
sampai la hari nie darah yang lintah2 nie gigit kat muka my LOve
xhenti2...aku la kena jadi nurse kat umah nie...
sampai dah letak petrol tok hentikan darah pun die xmo henti2 gak..
last2 biar je darah 2 kuar sampai darah 2 rasa penat ...hahaha
pe la aku nie...
so,sape2 yang  xpenah try n nk try 2 ley la try ye..
my LOve kata ringan je rasa pas lintah2 nie dah sedut darah2 kotor....

SELAMAT MENCUBA YE...CHILLL (^^)v

>sweet sundae gurlz<




Rabu, 3 Ogos 2011

kombinasi pasangan ++=

nak tahu korang ni sesuai or tak jom kita baca ni sat...tapi ingat ni just for fun..entah fakta or auta..

SULUNG+SULUNG / TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. masalah yang dihadapi oleh pasangan ni biasanya berkisarkan daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara..

saranan untuk pasangan seperti ini..
berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bhagia. kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.,
jangan suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu pekara. contoh , perkara yang sebelum berlaku, tetapi anda sudah menentukan "ia pasti berlaku". sikap ini menjurus menjadikan anda seorang yang keras dan bukan hanya pada diri sendiri malah pada pasangan anda juga. ini merupakan sifat yang tidak baik kerana kita perlu ingat bahawa setiap pasangan menginginkan kelembutan dan bukannya kekerasan.

definisikan peranan masing-masing dengan jelas untuk mengelak daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu..berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing-masing.
hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapatinya.
dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda.belajarlah untuk berkata "cara kamu juga baik.apa kata kita cuba dulu cara yang kamu sarankan ini:.

SULUNG+TENGAH = PARADOKS

anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan. fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah "paradoks" (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. sebagai anak yang memiliki akak atau abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

saranan untuk pasangan ini:-
selalulah berbincang dan jangan biarkan pasangan anda berkata "semuanya ok" tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.

buat lah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. khususnya bagi anak sulung , beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
jika ada masalah, selesaikan dengan segera.tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.


SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain.
anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup. dan rancangan masa depan.
sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup.
sebaiknya ialah, isteri adalah anak sulung sementara suami bongsu. wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. sementara lelaki bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. dalam hal ini, mereka saling melengkapi. namun perlu diingatkan kebahagiakan dalam perkahwinan bukan "dilahirkan" tetapi "diciptakan".

saranan untuk pasangan ini :-
jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. terutamanya jika pasangan anda lelaki.berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan. dan sering takut jika idea tidak diterima.

saranan untuk pasangan ini:-
-cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan seperti surat, kad atau sms jika sukar bercakap.
-bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
-luaskan pergaulan. bergaul dengan rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga.
-elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara negatif.
-sentiasa menghormati pasangan.


TENGAH+BONGSU = AMAN
seorang pasif dan seorang lagi sosial. satu kombinasi yang baik dalam segala aspek.

saranan untuk pasangan ini :-
jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun idea yang dikemukakan kedengaran pelik dan lucu.dengar dan fikirkan.
sesekali cuba idea idea baru yang boleh memeriahkan dan menghangatkan perhubungan.
berusaha untuk meonjolkan kelebihan pasangan anda, berusaha untuk berkongsi dalam segala hal.
jangan menangis atau ketawa sendirian,...berkongsilah.



BONGSU+BONGSU = KELAM KABUT
kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat yang lain.kerana itu sejak dari awal lagi, mereka hendak lah duduk bersama dan berbincang tentang hak dan kewajiban masing-masing untuk mencapai kesepakatan dalam mendisiplin dalam rumah tangga.

saranan untuk pasangan ini:-
- jangan suka bertikam lidah.
-jadi pendengar setia untuk pasangan
-sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah.
-sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling mengingati agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
-jangan memulakan pertengkaran sebaliknya menghindarinya sentiasa..
-hadapi segala apa yang mendatang dengan tenang .pasti hidup anda berdua sentiasa dioenuhi dengan keceriaan.


dipetik dari satu laman web..:d


kata akhir dari saya...

apa yang penting kita memang tak boleh jadi diri orang lain..tetapi kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik...



sweet sundaegurlz...(^.-)

: maksud WARNA kesukaan KITE :

a

WARNA BIRU..
bagi mereka meminati warna biru..anda ...
- tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal.
- mendampakan ketenangan dan ketenteraman.
-selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan.
- dalam hal percintaan...cenderung kepada menyembunyikan perasaan.

WARNA HIJAU
hehe bagi yang meminati warna hijau..
-boleh dikatakan tergolong dalam kategori seorang yang sangat romantik..
- menyukai keindahan, menyenangi alan dengan udara yang nyaman.
-seseorang yang memegang pada prinsip.
- dalam hal percintaan pula...mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai..

WARNA KUNING
bagi yang meminati warna kuning..anda seorang yang 
-memiliki sifat optimis...huuu..
- periang dan senang bergaul.
- tidak memiliki penampilan yang muram.
-ada sifat tolong menolong dalam diri kerana menolong merupakan suatu kewajipan mutlak bagi kamu.
-seorang yang tidak meremehkan sesiapa jua. walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

WARNA UNGU (VIOLET)
-seseorang yang luar biasa orangnya..
- dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu.apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik..
-pandai mengikuti perkembangan zaman.
- dalam percintaan...hanya mereka yang mempunyai mental yang kuat dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu..

WARNA HITAM
ha hitam bukan sebarang hitam...si hitam pun ada yang minat tau...hehe..
bagi mereka yang meminati warna hidup..mereka-mereka ni boleh dikatakan sebagai sangat -lincah dalam hal-hal tertentu sahaja.
-jika kamu berada dalam lingkugan yang tidak disukaii, maka kamu akan menjadi murung.
-selalu berterampilan menarik dan rapi.
-ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu... (wah..ramai peminat nih)

WARNA MERAH
si peminat merah pula..ermm
-seorang yang sangat berwibawa.
-walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi
kamu still dapat menahan diri.
-banyak orang meluahkan cinta, tetapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi..
-tergolong dalam golongan yang sukar jatuh cinta...

sweet sundae gurlz
dipetik dari satu laman web...

PURPLE ROSE

haaa,nie nmenye dh xda keje..hehehe
cume nk kongsi,aku minat sangat gn wane PURPLE nie..
mmg GILER la gn PURPLE nie..
ms kwen lu pun hantaran aku pkai bunga btol n pe yg bestnye my cousin carikan ROSE PURPLE 2...
aisey,tnkiu very2 much la k.long...

nie nk share ckit  la pe mksud disebalik warna ROSE PURPLE 

LAVENDER/UNGU
Selain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.




sweet sundae gurlz

Selasa, 2 Ogos 2011

1 RAMADHAN

salam sume....kini hari ke-2 kite sume berpuasa ryte,
moga kite masih lagi kuat mengharungi ibadah pose nie...hehehe
excatualy malas nk coret panjang2 nie..
just want 2 share about menu berbuke pose je..
haaaa,u'olls masak pe tok berbuka nie ye???
mesti sedap2 kn..lagi2 yang dh berkahwin 2..
pehhhh,mst gempak2 punya la...
tahun nie adlh thn pertama aku banyak menukar STATUS...
dari CIK kepada PUAN
dari BUJANG kepada BERKAHWIN
hehehehe dan byk lagi la..
tp 2 bkn motif aku tok coretan blog ri nie...
cuma nk berkongsi je MENU FOR FIRST RAMADHAN..\\
aku masak simple2 je...
.
.
.
.
 ikan goreng + sambal belacan + telur asin
.
.
.
 buah - buahan....wajib da
.
.
.
menu utama >KARI AYAM<


 nie jela menu berbuka for my suamy 1 ramadhan

sweet sundae gurlz