korg suke xblog nie??

Rabu, 12 Mei 2010

PUTUS tunang?!?

PUTUS tunang?!?

terbaca satu junk email ni..Hukum memutuskan pertunangan… erm mnarik gak tu…yer lar kita manusia ni pandai buat jer tp apa akibat n hukum sesuatu perkara yg kita buat tu x pernah nak ambil tahu…so mari kita ambil berat skit ttg hal ni..
sumber penuh frm here, dibwh ni cuma ringkasan  
Pendapat pertama:
Pertunangan adalah janji yang wajib ditunaikan.
Ini adalah pendapat segelintir ulama. Bagaimanapun ada ulama lain mengatakan ianya hanya makruh sedangkan ada janji yang buruk dari tuhan kepada yang mengingkari janji.
Pendapat kedua:
Pertunangan adalah sekadar satu janji. Janji adalah perkara yang tidak mulzim dalam syariat Islam. Setiap dari dua pihak berhak untuk memutuskan pertunangan.
Ini adalah satu kebebasan yang sempurna yang diberikan Islam oleh kedua pihak. Ini adalah pendapat kebanyakan Ulama. Diantaranya ialah 3 mazhab Utama iaitu Syafie, Maliki dan Hambali.
Bagi ulama ini, perkara yang wajib ditunaikan adalah perkara yang akad yang termetrai samaada akad perkahwinan atau akad urusan pertukaran harta (seperti akad jual beli). Ini yang disebut dalam al-Quran:
Berjanji untuk membuat akad seperti seorang berjanji untuk menjual sesuatu barang , kemudian dia membatalkannya adalah perkara yang makruh.
Pendapat yang terpilih
Dr Fathi ad-Duraini berkata:
Sesungguhnya akad nikah adalah satu akad yang sangat penting dan amat besar tanggungjawabnya. Oleh itu tidak wajib untuk meneruskan janji yang ada pada pertunangan kerana hendak memberi kebesan dan pilihan yang sempurna kepada setiap manusia (agar dia memilih pasangan yang terbaik untuk dia kahwini).
Walau bagaimana ulama menyatakan makruh untuk memutuskan perkahwinan sekiranya tidak ada sebab yang dibenarkan untuk putus seperti kurangnya agama tunang tadi bukannya kurang dari segi rupa.
apa yg saya dpt katakan, cuba elakkan dr memungkiri janji krn itu bkn satu perbuatan yg digalakkan dlm islam juga…begitu juga dlm bab ni…THINK RATIONALL…b4 u make any decision!! keputusan itu melibatkan maruah diri sdiri n org lain n org sekeliling kita juga..tu lar pasal org tua2 kata bertunang x perlu lama2…perkara baik elok dipercepatkan tp almaklum ada org nak buat majlis grande..so perlu masa skit nak kumpul duit, coz nowdays smuanya mahal2…dah x jumpa yg murah2 n wedding skrg dah byk beza dr dulu…yg x perlu dah jd mcm perlu, yg wajib jd endah x endah n yg adat jd ikut-ikutan…herm wallahuallam…sama2 kita fikirkan.
                       diamondplatinum
sedih krn itu memeritkan, maka segala tindak tanduk harus dikaji semuga tiada yg terguris hati n menyimpan dendam di kemudian hari …
**terguris dek luka…sib baik luka yg leh diubati n ada ubatnya..yg x der n x nampak tu yg payah…