korg suke xblog nie??

Jumaat, 22 Oktober 2010

... ISTERI YANG TERANIAYA ...

(Untuk renungan bersama-sama)

Ramai isteri yang teraniaya. Kasihan. Ada yang tak menyedari diri mereka teraniaya. Ada yang tak pasti. Ada yang memang menyedari dia dianiayai tetapi tak tahu macam mana hendak menyelesaikan kekusutan. Aduhai isteri yang teraniaya, mustajab doamu kiranya kamu berdoa tetapi berdoa tanpa berusaha menyelesaikan keadaan sungguh menyulitkan.

1. Aku telah berjanji sebelum berkahwin dulu, bang.

" Semasa hendak berkahwin dulu, gaji bakal suami saya kecil. Jadi kami buatlah MOU. Dia beri saya RM300.00 sebulan dan selebihnya saya tampung kerana gaji saya lebih besar daripadanya. Sekarang ini mana cukup sebanyak itu. Tapi apa boleh buat, kami sudah berjanji dulu."

Inilah isteri yang teraniaya. Dia terikat dengan janji-janji palsu.Pandai suaminya melepaskan tanggungjawab kepada isteri. Si isteri pun satu hal. Tak belak-belak kitab agama dalam bab nikah. Apabila si lelaki melafazkan nikahnya, maka wajib tertanggung semua tanggungjawab nafkah berumahtangga kepada si lelaki. Si isteri cuma berperanan membantu dan menampung segala kekurangan.

Suami wajib memberi nafkah. Kadar siling bergantung kepada pendapatan si suami. Dalam al-Quran disebut hal ini seperti berikut:

" Orang yang mampu memberi menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya pula. " (Al-Baqarah : 236)

" ... dan kewajiban ayah (suami) memberi nafkah dan pakaian kepada para ibu, dengan cara yang makruf . " (Al-Baqarah: 233)

Takkan bertahun-tahun berkahwin, pendapatan si suami begitu juga sedikitnya. Mustahil jadi begitu kecuali si suami itu pemboros atau kedekut. Si suami sepatutnya memberi nafkah secukup pada kadar yang patut.

Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ADawud, Nasa'i, Ahmad bin Hambal dan lain-lain, bahawa Hindun berkata, " Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan yang kikir dan ia tidak memberi nafkah yang cukup bagi diriku dan anakku kecuali yang kuambil tanpa pengetahuannya, " Maka Rasulullah s.a.w. berkata, " Ambillah yang secukup bagimu dan anakmu (sesuai dengan keperluan ) secara patut."

Pemberian nafkah di setiap tempat dihitung menurut kebiasaan penduduknya dan tidak boleh menyimpang daripada itu kecuali dengan persetujuan suami isteri.

2. Hidup aku bersyarat, bang.

" Suamiku telah melafazkan cerai bertaalid, katanya kalau aku pergi ke rumah ayahku, bercerailah kita."

" Tapi aku sayangkan keluargaku. Aku masih sayang kepada suamiku. Aku sayang kepada anak-anakku. Tapi aku sayang juga kepada ayahku. Lebih-lebih lagi dia sekarang terlantar sakit."

Sebesar mana perselisihan faham dalam berkeluarga, perceraian bukanlah jalan terakhir. Tetapi lelaki yang ego akan menggunakan senjata talaq untuk mengancam si isteri. Dalam hal sebegini, dari segi hak, memanglah Si suami lebih berhak ke atas isterinya berbanding hak bapa terhadap si anak kerana si bapa telah menyerahkan si anak kepada seorang lelaki lain.

Namun begitu memutuskan silaturrahim di antara si anak dengan si bapa adalah satu kezaliman maha besar dilakukan oleh si suami.

Dalam menghadapi situasi sebegini, si isteri perlu menilai dengan tepat. Apakah benar syarat yang dikemukakan oleh suaminya sangat munasabah. Sejauh mana kesalahan bapanya terhadap suaminya sehingga sedemikian berkecil hati suaminya terhadap bapanya. Apakah kezaliman bapanya sangat besar sehingga suaminya menjatuh hukuman memutuskan silaturrahim di antara si anak dengan si bapa.
Jika dalam penilaian itu, nyata syarat yang diletakkan oleh suami hanyalah hendak menegakkan egonya, nasihatilah dia menarik balik syarat tersebut. Jika suami berdegil, hubungilah ahli keluarga terdekat mewakili isteri sebagai penimbang tara. Cukuplah menjadi isteri yang teraniaya.


3. Saya digantung tak bertali, bang.

" Selepas pertengkaran kecil, suami saya meninggalkan rumah. Dah setengah tahun dia tak balik. Nafkah makan minum saya dan anak-anak atas usaha saya. Nasib baik saya ada kerja walaupun gajinya tak seberapa."

Islam tidak merelakan suami meninggalkan rumahtangganya sesuka hati kerana rumahtangga itu adalah institusi penting dalam pembinaan ummah. Suami sebagai kepala keluarga perlu merancang seluruh aktiviti keluarganya agar keluarganya menjadi uswatun hasanah (contoh terbaik) dalam kalangan masyarakatnya.

Dalam hal suami meninggalkan rumahtangganya, Islam meletakkan usaha itu atas beberapa syarat:

1. Melaksanakan usaha mencari nafkah keluarga
2. Melaksanakan panggilan Jihad fi sabilillah di medan perang.
3. Melaksanakan rukun Islam iaitu ibadah haji jika berkemampuan.
4. Berubat.

Dalam satu peristiwa ketika tentera Islam dihantar oleh Saidina Umar r.a. ke sempadan Palastina, Saidina Umar r.a. telah membuat soal selidik kepada isteri-isteri tentera Islam yang ditinggalkan di Madinah. Dalam kenyataan Hafshah binti Umar r.a, Hafshah menjelaskan bahawa kami kaum wanita akan tenteram ditinggalkan suami kami dalam tempoh empat bulan sahaja.
Dengan rumusan tersebut, Saidina Umar r.a. membuat satu polisi bahawa setiap empat bulan, tentera Islam mestilah dipanggil pulang untuk bersama-sama keluarganya. Jika dia enggan, dia wajib menceraikan isterinya untuk membolehkan isterinya mencari hala tuju baru dalam kehidupannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan