Di dalam kitab Jawahirul Bukhari ada meriwayatkan bahawa Hassan Basri sewaktu mudanya gemar memakai pakaian yang cantik dan kemas lalu berjalan di sekitar kota Basrah. Pada suatu hari, sedang dia berjalan itu terpandanglah pada seorang wanita yang amat cantik lalu dia terus mengekorinya.
Bila wanita itu menyedari ada orang yang mengekorinya, dia pun berkata, "Wahai orang muda! mengapakah kamu mengekoriku, tidak malukah kamu kepada ALLAH ?". Jawab Hassan, "Sebenarnya aku terpikat pada matamu yang cantik itu." Jawab puteri tersebut, "Baiklah kerana kamu cintakan mataku ini, tunggulah kamu sebentar lagi akanku berikan apa yang kamu mahukan itu." Puteri itu pun berlalu. Sebentar kemudian, datanglah seorang pembantunya menghampiri Hassan Basri dan memberikannya satu bungkusan. Setelah dibuka bungkusan itu, amatlah terperanjatnya Hassan Basri melihatkan sepasang mata di dalamnya. Berkata amah itu, "Tuan puteriku tidak memerlukan mata yang menyebabkan kamu terpikat padanya." Bergementarlah tubuh badan Hassan Basri apabila menyedari kesalahannya.
Pada keesokkan harinya dia pun pergi ke rumah tuan puteri itu untuk meminta maaf di atas kesalahannya. Lalu dia diberitahukan yang tuan puteri tersebut telah meninggal dunia. Menangislah Hassan Basri 3 hari 3 malam. Pada malam yang ketiga, dia telah bermimpi bertemu dengan puteri tersebut. Berkata Hassan, "Maafkanlah kesalahanku itu, dan berikanlah aku satu nasihat." Jawab tuan puteri, "Dengarkanlah nasihatku ini, bila kamu bersendirian hendaklah kamu mengingati Allah, berzikir, beristighfar, mohonlah keampunan pada ALLAH dan bertaubatlah kamu kepadanya."
di copy dari nota sahabat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan