korg suke xblog nie??

Sabtu, 20 Februari 2010

Tumit Tinggi: Kenapa perempuan lebih hebat?

TT banyak terima mesej menerusi facebook, termasuk daripada kaum yang satu lagi tu. Macam-macamlah isinya, banyaklah pertanyaan, persoalan dan kemusykilan mereka. Senang kata, dipendekkan cerita, rupa-rupanya ramai 'bebeno' lelaki ni yang tak faham, tak reti, pasal perempuan.

TT tak faham betullah, dah sah-sah mak dia orang pun, macam mak TT dan mak spesies TT yang lain, spesies TT juga, perempuan tapi tu lah, apabila tak peka and take things for granted, benda yang boleh belajar depan mata pun, jadi susah buat mereka.

Tapi yang TT paling tak tahan tu, ishhhh...pandailah pulak mereka ni bagi komen, letak ayat-ayat, siap janji Allah dan kelebihan wanita di mata agama, mereka senaraikan tapi emmmm..setakat baca, pastu cut and paste je lah, buat modal mengayat perempuan. Fahami dan hayatinya? Haadooooo....ikut bahasa sekarang...maksudnya..tak ada makna dia orang ni nak faham dan hayati, jauh sekali nak buat!

Pada TT...tak payah susah-susah nak memahami wanita, sebab pada TT, baik lelaki atau perempuan, dua-dua memang susah nak difahami. Kalau satu spesies pun lain ragam, lain kerenah, ini pulak spesies lain-lain. Dah nama pun gender berbeza, lagilah banyak kelainannya dan rasanya, sampai bila-bila perempuan tak akan fahami lelaki, lelaki tak akan memahami wanita.

Tapi, one simple rules...memadai pada TT kalau kita berpegang pada `undang-undang' ini, saling hormat-menghormati. Kalau kita ikut peraturan ini, insya-Allah, aman dunia ni. Jangan nak mengada-ngada langgar batas sempadan, berlagak macam tahu semua, tak kenal pandai-pandai nak bagi nasihat bagai...

TT tahu ramai rakan satu spesies dengan TT ada pengalaman ini. Berkawan atau baru kenal dengan spesies satu lagi tu, tapi berkodi (banyak) dapat mesej, pesanan-pesanan berbau nasihat. Ek elehhhh..tak kuasa! Naik loya...apa dia orang ingat, cakap dan hantar ayat-ayat macam tu, perempuan suka ke...Hello...itu pick up line lama lahhhhh...
Serius TT cakap, TT geli-geleman, naik loya tekak ni, bergelodak perut, bila kena macam tu. Bukan tak nak dengar nasihat, tapi tolonglah, siapa kau!!?? Kalau sikit-sikit tu boleh terimalah, TT pun bukannya `kejam' atau `degil' sangat, tak nak terima nasihat orang, tapi kalau semua benda nak nasihat, buat itu, ada je nasihatnya, buat ni, berjela-jela pujangganya, eeee..rimas, lemas....

Kalau kata tengah kerja, belum makan...ehhhh...jangan kuat sangat kerja, kena makan, kesihatan kena jaga. Hello, semua orang tahulah benda tu, tak payah nak mengada-ngada tunjuk concern, manusia kena makan untuk hidup, semua orang tahu benda tu dan tak ada manusia yang nak sakit, ada faham?!!!

Ada sorang rakan baru TT, lelakilah, dia beritahu TT, perempuan sekarang suka kalau lelaki ambil berat pasal dia...tanya makan ke tak dan soalan-soalan yang sewaktunya. Emmm...TT tak tahulah perempuan macam mana yang dia ni jumpa atau ayat. Pada TT, soalan macam tu memang patut, tapi kalau hari-hari dan setiap masa nak start conversation dengan soalan macam tu, tak laratlah....

Setakat ayat je, but no action, tak payah. Kalau sibuk tanya dah makan ke tak, ajaklah makan. Kalau ajak makan tu, bayarlah..jangan suruh orang perempuan bayar, tu baru betul. Ni tanya dah makan ke tak, kalau jawab belum, dia akan balas pulak, jomlah makan tapi u belanja i lah. Apa kes?
Spesies lelaki macam ni lah yang ramai kat luar sekarang...manalah kaum TT tak meroyan. Ramai tanya TT, TT ni antilelaki ke? Memang tak anti lah cik abang oiii...tapi tak larat dan tak kuasa dengan kebanyakan kaum sejenis you all yang ada kat luar tu. Cakap je pandai, ayat entah apa-apa, tapi perangai, mak datukkkkkk...tak berjenis langsung, mahu malulah mak bapak, atu moyang dia orang...

TT dapat satu benda ni daripada kawan baru TT menerusi fb. TT lampirkan sebahagiannya untuk tatapan semua dengan pesanan, kepada kawan baru TT ni dan semua kaum lelaki, jangan dok baca je tau, fahami, hayati dan hargai! Dan...untuk kaum TT, ingatlah kita ni istimewa, so, jangan biarkan lelaki atau sesiapa saja mempermain dan memperlekehkan kita. Huhu...

11 Keistimewaan wanita....
  • 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal itu, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
  • 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
  • 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • 5. Apabila lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.
  • 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  • 7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • 8. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • 9. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • 10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
  • 11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


Jadilah rakan TT di facebook!

Anda boleh menjadi rakan TT di laman facebook melalui e-mel tumittinggihighheels@yahoo.com atau cari profil Tumit Tinggi di laman ini. Anda juga boleh mengirim cetusan hati anda kepada TT di xy@bharian.com.my!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan