korg suke xblog nie??

Sabtu, 9 Januari 2010

" Apabila Si Ayah Berkata-kata.... "

Al-kisahnya bermula disuatu pagi yang indah, apabila si Ayah mula risau akan anak gadis kesayangannya yang meningkat dewasa. Si Ayah perlu berkata sesuatu kepada anak gadisnya. Ada juga anak-anak lelakinya tetapi kurang penting lagi dikala ini. Lalu si Ayah mula bertanya...

si Ayah: (sambil memegang bahu anaknya) Sudah ada boyfriend?

si Anak: (termanggu-mangu nak menjawab) Err...belum kot.

si Ayah: (mula berkata-kata) Kalau dah ada cakaplah. Ayah tak kisah dah kalau anak ayah ni dah ada boyfriend. Kalau belum ada carilah dalam masa setahun ni. Anak ayah ni sudah besar. Ayah tak mahu anak ayah ni kahwin lambat. Ayah bagi green light kat anak ayah ni.

si Anak: (hanya mengangguk sambil tersenyum . tak tahu sama ada patut tersenyum gembira
atau tersenyum kelat)

si Ayah: (meneruskan kata-katanya) Nanti bila berada di tempat pengajian, cari-carilah mana- mana lelaki yang baik-baik. Yang boleh memberi bimbingan. Bukan ayah mahu anak ayah ni menggatal tetapi sudah tiba masanya untuk mencari sebahagian lagi yang patut ada dalam hidup diri anak ayah ini. Sebagai pelengkap hidup. Nanti dalam masa setahun ni, perkenalkanlah mereka bila tiba masanya.

si Anak: (hanya terdiam dan mengangguk tanda setuju dengan kata-kata ayah)

si Ayah: (kata-kata akhir) Ayah tak harapkan perfect tetapi biarlah yang boleh membimbing isterinya kelak. Juga cakap biarlah lembut apabila dengan kawan-kawan lelaki walaupun dia kawan baik anak ayah ini. Jangan lupa kata-kata ayah ni.

Kata-kata si Ayah berakhir disitu. Biarlah tidah panjang untuk diungkapkan tetapi harapan si Ayah sesuatu yang baik akan muncul didalam hidup anaknya. Tiada ayah yang inginkan kehancuran berlaku dalam hidup anaknya (melainkan ayah itu memang kejam dan tidak berhati perut!).

Cerita ini hanya pendek. Tiada kaitan sama ada yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Kepada semua ayah dan bakal menjadi ayah, pastinya akan tiba suatu masa nanti anda terpaksa merelakan anak-anak anda menjalani hidup yang sepatutnya. Seperti Ann, masih mempunyai ayah, masih belum menjadi hak orang lain (melainkan Dia). Apabila tiba masanya nanti, Ann tidak mahu mengecewakan ayah (walaupun kadang-kala kata-kataku dan perbuatanku menyakiti hatinya...). Insya'allah semuanya akan berakhir dengan baik apabila dimulai dengan nawaitu yang baik... Dan itulah yang berlaku apabila Si Ayah berkata-kata...
 



AYHKU TERCINTA-HJ.JASRI BIN HJ.ZULKIPLY

I LIV U SO MUCH AYH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan