korg suke xblog nie??

Jumaat, 25 Mac 2011

10 CARA TAKLUKI HATI WANITA IDAMAN ANDA....

Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya.  Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu.  Tapi mulai hari ini singkirkan perasaan tersebut.  Gunakan 10 tip berikut untuk menawan hati si dia.

1.       Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang anda sukai adalah suatu cabaran.  Apabila anda mahu memiliki wanita idaman, anda perlu berlaku jujur kepada diri sendiri.  Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.

2.       Jangan Membuat Penilaian Awal
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan  perkara mudah.  Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya.  Yang penting, terimalah si dia seadanya.

3.       Berikan Dirinya Ruang
Biarkan dia memasuki hati anda seluas-luasnya.  Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4.       Bertindak Seadilnya
Apabila anda mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri anda.  Biar dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi dan impian anda agar dia dapat mengenal anda dengan lebih rapat. Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan anda itu menjadi lebih terbuka.

5.       Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan memiliki apa yang anda inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman.  Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.  Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6.       Jadilah Sebaik Mungkin
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan anda berdepan dengan persaingan.  Ia mungkin datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling dan sebagainya.  Jadi jikalau anda ingin memenangi hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.  Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari orang lain.  Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

7.       Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.  Jadi anda perlu berusaha dan terus berusaha.  Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.

Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya.  Berusaha bukan bermakna anda perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ dan EQ anda.

8.       Jangan Keterlaluan
Apabila anda berusaha memiliki seseorang yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat.  Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan anda.

9.       Kenali Dirinya
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya.  Pastikan anda mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.  Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10.   Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka?  Untuk makluman, wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi.  Mereka juga prihatin malah begitu mengambil berat.  Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.
 
SELAMAT MENCUBA & BERJAYA .....

APA YANG LELAKI TIDAK SUKA.....

Tahukah anda apakah sikap yang lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi?  Berikut adalah beberapa sikap yang saya harap kaum wanita akan hindari :

*  Berpura-pura bersopan-santun, penyayang dan lemah lembut;

*  Suka mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan;

*  Cemburu pada pasangan sendiri kerana kelebihan yang ada;

*  Melayani dirinya berdasarkan emosi;

*  Punya kod-kod rahsia di dalam komunikasi tetapi itu lah yang digemari oleh kaum wanita;

*  Mahukan pasangan menghabiskan masa hanya bersama mereka;

*  Bercakap hal remeh-temeh, contohnya kuku jarinya terpatah.  Lelaki memang rimas bab-bab seperti ini;

*  Wanita yang banyak cakap, mengumpat, suka membebel dan mulut becok;

*  Suka memboikot, merajuk tidak tentu pasal dan mogok tidak bertempat kerana ia mampu membuat keegoan lelaki tercabar.

Saya harap kaum wanita mengambil iktibar dan cuba berubah jika anda berada dalam situasi tersebut.
Wanita memang suka diberi perhatian dan disayangi, tetapi harus ada batasannya.

Jadi untuk mengekalkan hubungan yang mesra dan berpanjangan, haruslah ada persefahaman dan nilai-nilai yang positif yang menjurus ke arahnya.

Rabu, 23 Mac 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.

Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.
Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )
Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.
PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??
~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :
-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya
~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

sumber dari |akhi fairuz mzm-fc|

Jumaat, 18 Mac 2011

Jika seorang ISTERI menangis..

Sahabat…

* Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah!

* Seorang istri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh
pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau
terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia-nyiakannya.

* Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau
lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?


Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.


Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA...

Semoga bermanfaat